BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 6 Mac 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN 'SALAM'

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

BELAJAR BUAT CHOCOLATE



Hari nie kita gi kelas buat chocolate,seronok gak dalam demam2 bersemangat juga nak belajar.Buat cho menggunakan tangan nak dikata kan susah tak jugak tapi mermerlukan kesabaran yg tinggi terutama semasa membuat topping.Aku belajar nie pun saja nak buat untuk perkahwinan adik aku nanti.Sebenarnya seronok sebab kita dapat melihat hasil kerja kita..baru2 mungkinlah tak cantik sikit tapi lama kelamaan bila kita dah cuba byk kali pasti hasilnya menarik.Kat atas tu gambar hasil pembelajaran ari nie..cantik ke tak?

Rabu, 2 Mac 2011

RENUNG-RENUNGKAN LAH...

Oleh Sarah Zulkifli dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu meraikan hari lahir rakan secara luar biasa, 25 lelaki dan lima wanita ditahan ketika ‘goyang lalok’ dalam satu parti liar dadah dan arak yang dianjurkan mereka di sebuah hotel di Jalan Pudu, Pudu Ulu di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, semua suspek berusia antara 18 hingga 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras ketika asyik menari dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Malah, ada dakwaan mengatakan kumpulan terbabit turut melakukan hubungan seks ketika meraikan majlis hari lahir seorang daripada mereka. Semua mereka dipercayai saling mengenali antara satu sama lain.
Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah, antaranya Eramin 5, methapetamin dan Ecstasy.

Menurut sumber, sepasukan polis bergegas menyerbu bilik hotel bertaraf tiga bintang itu selepas menerima aduan daripada penghuni lain kerana kumpulan terbabit dikatakan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman mereka.

“Ketika serbuan dilakukan, ada segelintir daripada kumpulan terbabit masih menari kerana dipercayai di bawah pengaruh dadah.

“Semua yang ditahan kemudian dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi, mengesahkan penahanan kumpulan terbabit.
“Hasil ujian air kencing yang dilakukan, 19 daripada mereka termasuk dua wanita didapati positif dadah. Malah, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah yang digunakan dalam parti berkenaan.

“Mereka semua akan direman sehingga hari ini (semalam) dan akan dihadapkan ke mahkamah esok (hari ini),” katanya.

Mohan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saya menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya sentiasa memantau perkembangan anak masing-masing bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Dalam hal begini siapa yg patut dipersalahkan adakah ibubapa ataupun anak-anak?mungkin segelintir ibu bapa yg terlalu percayakan anak sehingga tidak ada rasa curiga langsung dengan perangai anak..mungkin juga anak yg tidak mendengar langsung larangan ibubapa dan melawan jika dimarah..marilah kita renung2kan.

Ahad, 20 Februari 2011

hayati lagu ini

Sabtu, 19 Februari 2011

MASA

Masa bagi aku terlalu cepat berlalu rasa nya baru saja kita menyambut tahun baru sekarang sudah nk masuk bulan mac.masa yg berlalu tak akan kembali bertapa mahalpun kita tidak boleh membelinya lagi,bak kata org hilang emas boleh digali masa hilang tidak tergali.
Minggu bertukar bulan kalau kita malas pasti kita akan ketinggalan,bagi aku perkataan esok lusalah baru buat haruslah dijauhi kerana jika kerja kita selesai pasti hati kita senang.waktu haruslah digunakan dengan bijaksana jika ada tugasan haruslah dilakukan dengan segera.
Masa tidak boleh dinilai amat rugi jika kita lalai hargailah masa semasa ada dan jangan dikesali jika tiada.

Ahad, 13 Februari 2011

best jugak lagu nie

my son

Tanggal 24 okt 2010 jam 5.59 pm bertempat di KPMC Kajang lahirlah putera yang kunantikan selama10 tahun.Amirul Syafie Md Rashid nama yang telah kami pilih.gambar disebelah atas adalah gambar pada hari pertama kelahirannya dan yg bawah semasa masih dalam pantang Aku berharap dia menjadi insan yg berguna apabila ia dewasa nanti .

Jumaat, 11 Februari 2011

hari pertama

hari nie hari pertama aku menulis di blog ini, baru nak cuba jadi pengarang terbaik.Aku akan terus menulis dan berkongsi dengan rakan2 tentang kehidupan harian ku.oleh kerana ini percubaanku yg pertama jadi tak byk idea nak ditulis.so klu ada apa2 yg aku rasa nak luahkan akan kuluahkan di blog ini.